Followers

APA ITU CINTA ???

Apakah itu cinta? apakah maksud cinta ? Cinta ialah sesuatu yang terlalu rumit untuk dihuraikan kerana cinta ada berbagai maksud. Bagi saya, makna Cinta ialah :

1. Cinta ialah apabila kita menerima dia seadanya.
2. Cinta ialah apabila kita menerima kelemahannya sebagai suatu keistimewaan.
3. Cinta ialah apabila kita ingin menjaganya sepanjang hayat hidup kita.

Tetapi di dalam Cinta ada suka dan duka. Cinta memang memberi kebahagiaan, rasa kasih sayang antara satu sama lain. Tetapi jika kita tidak pandai menilai cinta yang sebenarnya maka Cinta itu akan bertukar menjadi duka dan akan memberi kelukaan begitu lama. 

♥ 6 Tips Cantik ala Muslimah ♥

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :
Cuci muka minimum 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan dgn kaen, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress (salah satu penyebab kerut di wajah) :
Perbanyaklah ‘olah raga’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spa dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan solat bererti kita menggerakan seluruh tubuh. luahkan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda :
Gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri, kamu adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam pembedahan plastik. Tidak lupa membisikan ‘kata kunci’ setiap bercermin, “Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku). (HR Ahmad).

4. Untuk mendapatkan bibir cantik :
Bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing :
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, iSnin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.


6. Untuk mengembangkan diri :
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

P/S : Semoga tips2 ini dapat membantu korang menjadi Muslimah yang cantik, amalkan lah selalu :)